Bencana Alam Atau Bala Allah???
Assalamualaikum warah matullah.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran hanya pada Allah kerana memberi saya kesihatan yang tiada taranya jiga dibandingkan dengan segala nikmat dunia yang ada pada masa ini.Pada kali ini, saya ingin berkongsi idea dengan para pembaca semua mengenai bencana-bencana alam yang berlaku pada tahun lepas. Byk bencana alam yang berlaku pada tahun 2008 antara yang saya ingat banjir dan tanah runtuh. Tidaklah saya ingin mengulas setiap kejadian tapi saya ingin ulas secara umum. Setiap kali berlaku bencana alam, heboh media-media massa melaporkannya. Gempar satu Negara misalnya kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa akhir tahun ini. Saya secara peribadi turut bersedih dan bersimpati terhadap mangsa-mangsa bencana alam tersebut. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Cuma sejauhmanakah kita sebagai orang islam mengambil iktibar diatas semua bencana alam tersebut. Bagi saya, penggunaan perkataan bencana alam adalah kurang memberi kesan. Saya rasa lebih baik kita gunakan bala Allah. Lebih memberi kesan. Sebenarnya, pada tahun ini banyk bala atau pun peringatan yang Allah berikan kepada kita. Cuma kita sahaja yg tidak ambil peduli.Misalnya banjir. Banjir bermaksud air yang byk. Air merupakan satu nikmat Allah kalau dia sederhana banyak. Cukup untuk kegunaan. Kalau tak ada air, lagi susah. Tetapi, kalau dia terlalu banyak sehingga menenggelamkan rumah, dia telah bertukar sifatnya dari nikmat Allah kepada bala Allah.Semakin byk bala Allah atau peringatan Allah, itu tandanya kita sudah semakin jauh dari Allah swt. Byk suruhan Allah yang kita persendakan. Hukum-hukum Allah dijadikan agenda politik ataupun mainan isu semasa. Begitu juga dengan larangan Allah. Banyak yang kita lakukan misalnya rasuah, penipuan, menganiaya rakyat, menjadikan kuasa yang diamanahkan sebagai punca kekayaan diri sendiri, anak-anak dan kroni. Ini yang sepatutnya para ulama, mufti2 terangkan kenapa banyak sangat bencana alam yang berlaku tahun 2008. Supaya kesilapan ini tidak dilakukan pada tahun 2009. Kalau nak nilai sejauhmana kerajaan kita ambil iktibar atas bala atau peringatan Allah tahun 2008,..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment